Tarikh : 01 Ogos 2024
Tempat : Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Kementerian Dalam Negeri.
Saudara Arie Dwi Andika, Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Keselamatan Malaysia memberi input diperlukan kepada KDN. Sebagai merangkap Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Saudara Arie Dwi Andika menyuarakan keseriusan Jenayah Haiwan Berkelas (Jenayah Haiwan Berat) yang dilakukan oleh golongan remaja dan masyarakat negara ini dengan pembentangan di hadapan Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Menteri Dalam Negeri, YDH Tan Sri Razarudin Husain Ketua Polis Negara dan YDH Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM serta Ketua Pengarah agensi lain seperti Jabatan Penjara Malaysia.
Hal kebajikan haiwan turut dibawa sebagai satu usaha memperkasakan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan di Malaysia.








